|
|
| Sunday, 17-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
EVO VIII - test speed.
|
|
| Quote: |  | Demam Initial-D masih melanda, we can't stop to do these. Kids, don't try this at home!!!
~~-->Wei, ni not my car maa...!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tazkirah
|
|
| Quote: | Zikir boleh disiplinkan diri rajin beribadat
FENOMENA futur adalah perkara lumrah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya. Barang siapa yang pada masa lemahnya dia tetap dalam sunnah (petunjuk) ku, maka dia telah beruntung. Namun barang siapa yang beralih kepada selain itu bererti dia telah celaka.” (Hadis riwayat Ahmad)
Satu hari seorang jurutulis Rasulullah, Abu Rub’i Hanzalah, datang kepada Rasulullah dan mengadu: “Wahai Rasulullah, Hanzalah telah berbuat nifak ..."
“Apa yang kamu maksudkan dengan nifak itu?" tanya Rasulullah.
“Wahai Rasul, ketika kami bersama-sama anda dan anda mengingatkan kami akan neraka dan syurga, seolah-olah kedua-duanya ada di kelopak mata kami. Tetapi apabila kami tidak bersamamu, kami dilalaikan oleh anak, isteri serta tanah ladang kami yang menjadikan kami banyak lupa,” kata Abu Rub’i.
Kemudian Rasulullah bersabda bermaksud: “Demi Zat yang diriku ada ditangan-Nya, sekiranya kalian terus-menerus dalam keadaan seperti ketika kamu bersamaku, dan selalu dalam keadaan berzikir, nescaya malaikat akan bersalam denganmu ketika kamu berada di pasar dan di jalanan. Akan tetapi wahai Hanzalah, masing-masing itu ada saatnya." (Hadis riwayat Muslim)
Namun, dua hadis di atas tidak dapat menghalalkan sikap kita ketika mengalami kelemahan dalam beribadah. Tetapi paling minimum kita ada tiga tanggapan yang dapat kita gali daripada hadis itu:-
Pertama, bahawa Rasulullah sendiri menganggap fenomena ‘futur’ itu sebagai hal yang wajar, manakala pada saat lemah itu seseorang tetap memelihara kewajiban dan perintah Allah serta sunnah Rasulullah. Seperti manusia diciptakan dengan kapasiti terbatas, kelemahan dan kelelahan dalam beribadah adalah salah satu tabiatnya. Kini tinggal bagaimana mereka mengisi saat-saat lemah itu dengan tindakan yang tidak mengabaikan tuntutan Islam.
Ibadah mempunyai cakupan yang luas dan tidak terbatas pada kegiatan tertentu yang dapat menjemukan. Ucapan Rasulullah pada Hanzalah: “Masing-masing itu ada saatnya," menunjukkan bahawa bermain dan bergurau dengan keluarga atau mencari nafkah adalah hal yang diperbolehkan dan bahkan sangat dianjurkan dalam Islam, asalkan semuanya itu dilakukan dengan tidak berlebihan.
Kedua, sikap futur yang diterima oleh Islam adalah ‘futur’ yang berlaku pada batas waktu tertentu dan tidak terus-menerus. Jangan kerana menganggap fenomena futur itu wajar, seseorang bersikap ‘santai-santai’ saja ketika menyedari bahawa dia sedang futur hingga berlarut-larut. Tetapi segeralah mengambil sikap ‘hendak berubah’ kepada yang lebih baik. Hari ini lebih baik daripada semalam.
Ketiga, adanya sikap sensitif dan tindakan proaktif salafus salih dalam menginsafi kesalahan yang dilakukan dan usaha untuk memelihara diri daripada kesalahan itu seperti yang dicontohkan oleh sikap Hanzalah. Mereka sentiasa menjaga kesinambungan amal salih yang mereka lakukan. Kelemahan manusiawi memang tetap ada. Namun, hal itu tidak membuat mereka lalai terhadap kewajipan mereka terhadap Allah. Seseorang kadang-kala tidak mengetahui kekurangan dan kesalahannya, bahkan tidak sedar bahawa dirinya sedang mengalami ‘futur’, kecuali melalui teguran dan nasihat kawan dan sahabat yang dipercayai.
Justeru, menghadapi gejala futur dengan segala fenomenanya menjadi tanggungjawab bersama dan tidak boleh dilakukan secara sendirian. Carilah sahabat yang membawa kita ke syurga dengan doa dan nasihatnya!
ﻢﻼﺴﻠﺍﻮ
~fariehan~ |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 13-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Just sharing pendapat...
|
|
Apa komen anda mengenai gmbr ni? Kreatif, sadis, kesian..sampai nk beli selipar pun x mampu..!
~fariehan~
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Master Of Puppets!
|
 |
|
Para pemain sedang bersiap.
|
|
 |
|
PayMaster FC bersama Tn Mazlan
|
|
|
|
| Quote: | Keramat Janggut FC (KJFC), dgn inisiatif permulaan dari team futsal, para pemain telah bersetuju utk menubuhkan pasukan bola sepak. Namun oleh kerana team KJFC futsal hanya ada 7 org sahaja, maka selebihnya terpaksa diimport dari luar. Kemudian kami berjaya mencari pengurus utk pasukan baru ini iaitu Tuan Mazlan yg telah memberi peruntukkan utk jersi serta bola utk para pemain.
Oleh kerana asal-usul pemain KJFC adalah dari dept yg sama, ditambah pula pengurus pasukan juga merupakan General Manager kami, maka dgn kata sepakat semua, pasukan bola sepak kami diberi nama PayMaster ( Claim Division).
Perlawanan pembukaan telah dirasmikan oleh pengurus pasukan, Tuan Mazlan dan isterinya yg sanggup berkorban melepaskan perlawanan golfnya di Port Dickson pada hari itu. Ini semata-mata memberi utk sokongan kpd pasukannya serta ingin menyaksikan perlawanan pertama pasukannya membawa kemenangan sulung!
Ternyata PayMaster telah menunaikan hajat Pengurusnya dgn memberi kemenangan 2-0 ke atas pasukan lawan General Division di Padang Bola, Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur. Jaringan dihasilkan oleh striker KJFC sendiri...Madir !
|
| Quote: | Email dari Pengurus Pasukan:
Dear Captain,
I personally congratulate with earnest the team on the magnificent performance last Sunday evening. This is undeniably a great win for the team and the division. As it is easy enough to express commendable remarks on your 2 - 0 win over the opponent, but what I really want to congratulate is on something more than mere winning.
Through out, I have observed with great admiration leaderships and masterminds being created in various capacities and the execution of line ups and strategies is simply astonishing. I have also observed remarkable obedience amongst the players towards their captain and officials alike and their enthusiasm and resilience towards the game is simply inspirational. More importantly, I saw a spectrum of brotherhood and solidarity being portrayed irrespective of ranks and files amongst the players. I am very confident that within the spirit of our founding principles none can do more than you and the team can.
Lastly, my heartiest thank you to you and the team for a memorable evening both for me and my wife and I stand proud as the mentor of the Pay Master.
Wassalam. |
More pic will upload asap !
~fariehan~
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dreamcars Asia Motorshow 2005 Malaysia - Episode One
|
|
| Quote: |
Venue: Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC (Hall 1 - 5)
Date: 7 Jul 05 - 10 Jul 05
Opening Time: 10am - 10pm
Ticket: RM20 - Adult , RM15 - Student
Held at the KL Convention Centre Halls 1 to 5, the Dreamcars Asia Motorshow 2005 was a bigger and better motorshow with the ultimate showcase for high performance tuning cars, aftermarket parts and accessories that have a large following and market in major Asian Countries! The show bring together exhibitors from Japan, Australia, Singapore, Malaysia, Thailand and even UK to showcase their latest high profile cars and products. This motorshow also feature the ever popular Race Queens from the respective countries. |
| Quote: |  |
Al-kisah...maka tersebutlah kisahhh... tayiibbb! al-sultan fariehan pegi tgk autoshow...! tayiibbb! Fuhh..! Keta lawa-lawa, ganaih-ganaih, marvelous-marverlous...x ketinggalan juga gadis2 kereta yg seksa-seksa suma!
Ada stgh lg gamba dlm kamera kwn, ntah bila boleh amik gmbr tu kat dia x tau lg.
Ana mintak maaflh...nanti ana continue episode 2 wokey!
~fariehan~
|
|
|
|
|
|
| Friday, 8-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jumaat - Penghulu Hari
|
 |
|
Kuala Lumpur...senyumanmu...di pagi ini...
|
|
 |
|
...Pagi jumaat, tukar air pokok bunga...
|
|
 |
|
Tensennyerrrrrrr....
|
| | View all 5 photos... |
|
| Quote: | Kelebihan bersegera solat Jumaat
JUMAAT hari sungguh mulia dan bermakna bagi umat Islam. Kemuliaan itu digambarkan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
"Sebaik-baik hari yang terbitlah matahari padanya ialah Jumaat. Pada hari itu, Nabi Adam dicipta dan dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dan tidak akan berlakunya kiamat melainkan pada Jumaat."
Sabda Rasulullah lagi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksud: "Penghulu segala hari ialah Jumaat, ia sangat besar ertinya di sisi Allah daripada Aidilfitri dan Aidiladha."
Demikian kemuliaan Jumaat. Adapun kemuncak kepada kemuliaan Jumaat adalah perhimpunan raksasa di masjid bagi mendirikan solat fardu Jumaat secara berjemaah.
Bersolat Jumaat terlalu penting bagi setiap Muslim sehingga Rasulullah memberi ancaman keras terhadap orang yang meninggalkannya.
Menghadiri solat fardu Jumaat ertinya kita menuju ke masjid bagi menyahut seruan Allah yang meminta kita untuk sujud kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenar)." (Surah al-Jumu’ah, ayat 9)
Oleh kerana menghadiri solat Jumaat adalah tanda kepatuhan terhadap Allah, maka ia hendaklah dilakukan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Hal ini supaya terserlah kepatuhan, di samping mendidik keperibadian kita.
Bagi memastikan kehadiran ke masjid beramai-ramai dapat memenuhi objektif sebenar, maka Rasulullah menunjukkan kepada kita amalan yang perlu dilakukan sebelum ke masjid, ketika dan selepas solat Jumaat.
Amalan sebelum solat Jumaat:
Memperbanyakkan selawat pada malam dan Jumaat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada malam dan hari Jumaat."
Membaca surah al-Kahfi.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat nescaya Allah akan menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat."
Mandi sunat Jumaat dan datang awal ke masjid.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang mandi (sunat) pada Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka seolah-olah dia telah berkorban seekor unta. Barang siapa yang pergi pada waktu yang kedua, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kerbau. Barang siapa yang pergi pada waktu yang ketiga, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor kambing. Barang siapa yang pergi pada waktu yang keempat, maka seolah-olah dia hanya mengorbankan seekor ayam betina. Barang siapa yang pergi pada waktu kelima, maka seolah-olah dia mengorbankan sebutir telur." (Hadis riwayat Imam Bukhari)
Berwuduk dengan sempurna dan kemudian melakukan ibadat seperti membaca al-Quran dan sembahyang sunat tahyatul masjid, terutama apabila masuk ke dalam masjid.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian dia pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat dalam keadaan diam dan memberi perhatian sepenuhnya terhadap khutbah yang disampaikan, maka diampunkan dosanya pada hari itu dan antara Jumaat yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim)
Sangat duka cita apabila ada yang datang ke masjid ketika khatib sedang membaca khutbah. Perbuatan ini amat merugikan kerana khutbah adalah rukun wajib yang menjadikan syarat sahnya Jumaat.
Mendapatkan saf pertama yang berdekatan imam.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang mandi sunat pada Jumaat dan bersegera berjalan menuju ke masjid, kemudian mengambil tempat berhampiran dengan Imam serta mendengar khutbah dengan penuh perhatian, maka setiap langkahnya akan memperoleh pahala menyamai ibadat puasa dan solat pada malamnya selama setahun."
Oleh itu, marilah kita mencari kelebihan kurnia Allah pada Jumaat.
Hendaklah segera ke masjid dan mengikut adab yang disenaraikan oleh Rasulullah kerana kelebihan dan fadilatnya terlalu besar.
PETIKAN khutbah Jumaat pada 24 Jun 2005 yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor.
|
~fariehan~
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 7-Jul-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
3M-MobileMentalModder
|
|
    
| Quote: | Hah...finally fp server ok pun... So, dlm 2-3 hari ni aku smptlah mengisi masa lapang melakukan hobiku iaitu memodified kereta secara virtual..nak buat yg betul2nya x mampu lak...cukuplah skadar berangan@ dgn kata lain mencurahkan hasil kreativiti dkt gmbr ni. Utk hasil keje ni, aku tlh memvariasikn bbrp kaler which one is ada daya tarikannya sendiri... Nak yg original size utk pc wallpaper, pls click on the below links! |
http://img166.imageshack.us/img166/6471/lexusisvm29vj.jpg
http://img97.imageshack.us/img97/8659/lexusisvm47vz.jpg
http://img97.imageshack.us/img97/8285/lexusisvm39kq.jpg
http://img97.imageshack.us/img97/8974/lexusisvm5mq.jpg
~fariehan~
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ghost Real or fake?
|
 |
|
Hantu pompuan bertenggek!
|
|
|
| Quote: | Actually i just got these pic from my email sent by my opismate. Seram gak nengok gmbr ni...entah betul ke tak...tp bila tgk betul2 mcm betul..! x taulah kalau tgk tipu2 plak...!
--> diambil dgn hphone kat apt di Relau, Penang. |
~fariehan~
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ronda-Ronda Kotaraya
|
 |
|
Wei...pakai safety belt dulu!
|
|
 |
|
Muka sememei je coz cuaca panas terik!
|
|
 |
|
Pasang tinted...wahh! manyak kuat lu angkat itu bonet aar?!
|
| | View all 6 photos... |
|
| Quote: |
~>Hari ni saya dan housemates kuar ronda2 kl sesambil pegi pasang tinted film keta kat Ampang.
~>Actually byk menda yg terjadi pada hari ni yg menggelikan hati..start daripada sesat kat
Ampang sehinggalah tersilap mengayat sorang amoi cun yang disangkakan budak
melayu...kui...kui..kui..! |
~fariehan~
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 23-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Another xperiment!
|
|
~fariehan~
|
|
|
|